125x125 Ads


Perniagaan ebay; hobi yang menguntungkan

0 comments
Sekadar perkongsian. Jika anda berminat untuk menjalankan perniagaan sampingan di internet, mungkin ebay boleh dijadikan satu pilihan. Anda boleh memulakan perniagaan ini sebagai satu hobi santai secara part-time sahaja. Ramai orang di luar sana yang bermula dengan hobi dan akhirnya menjadi peniaga sepenuh masa di ebay setelah melihat potensi yang sangat besar untuk menjana pendapatan.

Apapun berniaga di ebay bukan lah seperti skim cepat kaya, MLM atau sebagainya yang boleh memberikan keuntungan segera. Berniaga di ebay sama seperti berniaga di luar talian di mana kita perlu berusaha untuk menjual barangan kita kepada orang ramai. Kita juga perlu memberikan sentuhan daya penarik kepada barangan kita supaya orang ramai berminat untuk membeli.

Anda boleh memulakan perniagaan di ebay dengan menjual barangan lama seperti buku atau majalah, baju-baju, poskad, setem, barangan antik, syiling lama, pinggan mangkuk, kasut, aksesori pakaian malah basikal atau motosikal lama pun boleh dijual di ebay! Jangan sangka barangan seperti ini tidak mempunyai nilai jika dijual. Anda pasti terkejut jika melihat senarai barangan di ebay kerana kebanyakannya terdiri daripada barangan terpakai dan antik.

Malah jika anda mempunyai perniagaan offline atau mempunyai kedai sendiri, anda juga boleh mengembangkan perniagaan dengan berniaga di ebay. Cuba senaraikan barangan anda di ebay, pasti ramai yang mahu membelinya.

Ok, anda boleh mula berniaga di ebay dengan membuka akaun di ebay Malaysia iaitu www.ebay.com.my. Membuka akaun di ebay adalah percuma saja, tidak dikenakan sebarang bayaran.

Selamat menjalankan perniagaan di ebay. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberikan idea kepada anda untuk memulakan hobi baru atau sebagai pendapatan sampingan :)

Contoh barangan yang boleh di jual;

setem lama

syiling lama

peta lama 1880'an

komik lama
Seterika antik
Read more »

Diari eBayer

0 comments
Selamat datang ke blog Diari eBayer. Blog ini hanyalah coretan dari seorang ebayer part-timer yang ingin berkongsi pengalamannya melakukan bisnes ebay.
Read more »
 

Copyright © 2010 • Diari eBayer | tips & tricks | dropship | produk fizikal • Design by Dzignine, Blogger Blog Templates